Monday, 18 June 2012

Selamat Hari Bapa...Ayah.


CORETAN HATI KU BUAT AYAH .....

Ayah tiada kata yang dapat aku lafazkan tanda terima kasih di atas segala pengorbanan ayah.
Ayah tiada gambaran yang dapat aku lukiskan untuk menunjukkan kasih ku pada ayah.
Ayah tiada gantinya untuk ayah di hatiku andai ada kehidupan untuk ku seribu tahun lagi.
Ayah tiada apa yang mampu aku ukirkan untuk mu hanya sebagai arca yang menyatakan,

"ADIK SAYANG AYAH SANGAT-SANGAT"

Ayah biarlah segala yang hitam yang telah terjadi dalam kehidupan kita, kita jadikan sebagai sejarah dan biarlah ia berlalu tanpa perlu kita ingat lagi.


Ni lah sebahagian adik beradik aku (dari kanan Zaim, isteri dia Kak Nor, Ibu, Ayah, Aku & Abg Zaid

Semalam 17 June 2012, hari yang indah buat semua bapa di dunia apabila tarikh itu di nobatkan sebagai "Hari Bapa"...aku & adik beradik pun tak melepaskan peluang menyambut hari yang indah ini bersama ayahanda tercinta Dato' Hj. Baharuddin Hj. Omar. 

Mula-mula ingat nak beli hadiah jer untuk ayah, tapi pikir balik, lau beli baju, ayah dah melimpah ruah baju. Nak beli souvenir rasanya dah tak ada tempat kat rumah ayah tu nak letak barang-barang. Jadi aku dengan abang aku Muhammad Zaid Baharuddin pun dapat satu 'solution' iaitu bawak ayah pergi makan & ajak sekali adik beradik lain. Haaaa.... idea tu sangat menarik sebenarnya.

Aku pun sms lah semua adik beradik..tapi ada yang tak dapat datang sebab ada perkara lain yang tak dapat di elakkan. Mane yang 'available' je lah yang hadir. 

Janji dengan ibu, pukul 5 petang jumpa di KL Festival City, Danau Kota. Tapi yang best nya, pukul 2:30 ibu aku sms, ayah dah tak sabar-sabar nak jumpa kita orang semua. Tapi aku bagi tau ibu aku dah set dengan abang-abang yang jumpa pukul 5. So ibu kata, "ok lah" "ayah tido dulu"...

Nasib baik aku dan anak-anak sampai awal, sebab ayah & ibu sampai tepat-tepat pukul 5 petang. Wahhhh...seronok betul ayah. Aku pun bawak ayah kat tempat yang banyak restaurant, so ayah pilih restaurant "Steamboat" untuk kami makan bersama-sama....hmmmm seronok sangat tengok ayah makan. 


Anyway ni sedikit gambar kenangat bersama keluarga ku menyambut "Hari Bapa" bersama ayahanda tercinta kami .... Muuaaahhhh to you ouls ...










Selera sangat atok makan sambil melayan cucu-cucu yang pelbagai kerenah nih...aku pun amek kesempatan lah balun kaw-kaw, ibu & ayah dah dok melayan anak2 aku makan...hahahah ahaks.

Jadi setakat ini sahajalah cerita aku dalam coretan kehidupan ku kali ini.....aku harap pada geng-geng yang masih ada bapa, ayah, papa, daddy, abah...hargailah mereka selagi mereka masih ada di dunia ini bersama kita. Bahagiakan lah mereka semampunya.

Bye...thanks with love...




Friday, 8 June 2012

Jalan2 Aja ke Colmar Tropicale (07 June 2012)


Dah lama tak update blog ni. Apapun cerita aku kali ni adalah Percutian Sehari Ke Colmar Tropicale. Colmar Tropicale yang terletak di Bukit Tinggi, Pahang dimiliki oleh Berjaya Hills.

Kota binaan semula ini di bina berdasarkan reka bentuk Kota Perancis. Jadi bagi kami yang kurang berkemampuan masih dapat merasai suasana Kota Perancis di sini.



Suasana di sini nyaman dan cukup tenang. Tak lah sarat atau padat dengan pengunjung macam di Genting. Jadi bagi mereka yang ada anak ramai macam aku ni, rasa selesa sangat jalan-jalan kat sini.

Perjalanan pun tak lama, dari Kuala Lumpur kami bertolak jam 10:00 pagi dan sampai lebih kurang 11:30 pagi. 





Tapi bagi mereka yang anak ramai macam aku, di sarankan makan lah dulu kenyang-kenyang sebelum ke sini, sebabnya makanan di sini semuanya berasaskan makanan Perancis, dan kedai sebanekanya pun agak mahal, bayangkan air tin RM6, cuba bayangkan lau kali 5 orang anak dah RM30, semata-mata satu tin air. Tak berbaloi rasanya.




Di Colmar Tropicale ini juga terdapat tempat penginapan, harganya korang kena lah 'check' sendiri ya...sebab aku tak menginap, pergi balik hari je, kikikiki...





Selain dari keunikan seni bena Kota Perancis, pengunjung di sini juga di sajikan dengan tarian Perancis oleh awek-awek Perancis yang jelitawan dan seksi sangat-sangat. 
.





Tercengang si kecik bujang aku tengok gadis-gadis seksi yang sedang menari....adushhh..."Asyraf you are a real man"





Bergaya sungguh "My Liltle Princess" 
"Clock Tower" ala2 di Perancis gitu
Inilah permata-permata hatiku
Kat Colmar Tropicale juga di sediakan tempat mainan kanak-kanak, oleh kerana tak ada kanak-kanak yang nak main di sini jadi anak sulungku Alia, ambil kesempatan lah main di sini....

Itu dia Hero Malaya ku, dengan gagahnya menunggang kuda.

Kat sini ada beberapa booth untuk main game...jadi kami ambil kesempatan untuk main game kat sini, game Itik ni kalau kita tangkap bawah itik tu tertulis no 1, maka dapatlah "big prize", tapi kitorang semua dapat Itik yang no '0' hmmmm hampeh.
Tu dia ratu "possing" aku, si Nur Ain. Konon-konon macam kat "Cinderella Castle" lah tuh. Berangan jer .....

'JAPANESE VILLANGE'

Di Bukit Tinggi ni, selain di bina Kota Perancis, terdapat juga seni bina 'Japanese Village' atau pun perkampungan Jepun. Tapi aku anak beranak tak dapat nak ke sini sebabnya tempatnya mak aiiiii...tinggi bebenar nak di daki. Baru je kami mendaki di kaki bukit dah semput, jadi kami batalkan hasrat untuk teruskan perjalanan hingga ke puncak dimana teletaknya 'Japanese Village'...lain kali lah yer, bila anak-anak dah besar sikit, panjang umur sampai lah kami nanti.... gambar ini aku amek dari blog lain....hahahaha... 



'ANIMAL PARK'

Cerita ni tak berakhir di sini yer .... hihihihi, dah hampir setengah hari kami di Colmar Tropicale kami beralih arah ke 'Animal Park', Bukit Tinggi. Sedikit gambar-gambar kenangan aku dan keluarga di 'Animal Park'







Nak masuk ke 'Animal Park' ni pun ada bayarannya. Tapi tak adalah mahal sangat, RM3 untuk Dewasa dan Kanak-kanak..





Ini lah sebahagiaan permandangan di 'Animal Park', Bukit Tinggi....kawasannya bersih & nyaman sekali. Sangat selesa.










Wajah-wajah kesayangan hamba...sedang bermain-main dengan arnab-arnab dan 'donkey' yang ada di 'Animal Park' ini. Kat sini ada di jual makanan haiwan, satu paket RM2, jadi boleh lah anak-anak aku bagi makanan pada haiwan-haiwan yang jinak dekat sini. Sangat seronok bila melihat kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anak.




Setelah seharian kami di Bukit Tinggi ini jadi masa untuk beredar dah masa untuk mencari makan...sangat-sangat lapar kami. Kami beredar dalam pukul 03:00 petang. Dalam perjalanan pulang kami singgah di Genting Sepah untuk mencari makan, ramai juga orang di Genting Sepah ni. Cari punya cari akhirnya gerai no. 26 menjadi pilihan kami. Gerai ni menyediakan makanan ala-ala Thai, sesuai sangatlah dengan keadaan kami yang sangat lapar, pekena plak Tom Yam Thai yang panas-panas, daging masak merah, khailan ikan masin dan telur dada....perghhhh sangat nikmat.


Berakhirlah percutian sehari kami di Bukit Tinggi, perbelanjaan yang tidak tinggi, tapi memeriahkan percutian kami sekeluarga.
"Salam Sayang Buat Semua"

aku tinggalkan korang dengan peta lokasi ke Colmar Tropicale...
"Selamat Bercuti"











Monday, 7 May 2012

Mutiara Kata dari Hati Ku.....



Pelbagai dugaan yang kita tempuh sejak matangnya usia, sejak usia mula mengenal erti kehidupan yang sebenarnya... aku umpamakan kehidupan ini seperti Mutiara Kata dari Hati Ku,



" Hidup umpama percaturan @ pertandingan, andai kata kita menang tidak semestinya kita akan terus menjadi pemenang, andai kata kita kalah, tidak bererti kita akan terus menjadi kumpulan yang kalah, adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah. Yang kalah harus terus bangkit berusaha mencapai kemenangan. Yang menang tidak perlu duduk selesa, bersedia untuk terima kekalahan."

                                                                                                                                           
                                                     Ikhlas dari ku,



Saturday, 5 May 2012

Allah Mengasihi Orang Yang Sabar....



Maksudnya :
Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah, dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.

*** Sedikit renungan di pagi hari yang indah ini. Terlalu banyak dugaan yg di tempuhi dan kadang kala ia mencabar kesabaran sebagai manusia biasa. Namun sejauh mane kita pergi pulanglah pada tali yg satu yakni Allah s.w.t, dia maha mengasihani & maha mengetahui...

***Memang sukar menjadi manusia yg sabar, terlalu banyak dugaannya. Andaikan hidup ini umpama satu perperangan. Dan kita berperang dengan kehidupan di dunia demi menuju ke jalan Allah dan mendapat keredhaan yang hakiki daripadanya. Jangan sesekali gentar akan cobaan & dugaan yg mendatang, kerana janji Allah adalah tepat.

"ALLAH SENTIASA MENGASIHI ORANG-ORANG YANG SABAR"...


***SELAMAT BERAMAL*** 




Thursday, 3 May 2012

MEMBEBEL

Semalam : 02 May 2012

Ptg ade meeting ngan boss. So lajak ke malam. Hujan lebat. Anak2 yg dah besar yg dah pandai jage diri sendiri dok kat umah. Yang kenit2 dok umah bb sitter.

Kul 10:00 mlm, bb sitter call. Dia g rumah jengokkan anak2, tp sorg pun tak menyahut. Aku mula risau. Balik jer umah, bukak pintu tengok semua terbongkang. Penat katenya...aku pun mula lah membebel ...

Potpek, pot pek, pot pek, pot pek, pot pek...tetiba aku terperasan yg seumpama ade org sedang memerhatikan aku. Rupanya sepanjang aku membebel pd anak2 yg catogory dah besar tuh, si kenit aku, mengajuk setiap perbuatan & tingkah laku aku...cuma dia berbicara dlm bahasa dia lah.

Nak tergelak pun ade, tp kene cover line sket bab td mood tgh marah & membebel....


So, pengajarannya, cubalah elakkan dr membebel depan anak2 kecil yg sedang nak belajar semua perkara pun,  kerana mereka juga akan belajar membebel sebagaimana kita membebel....

Tuesday, 24 April 2012

Alia & Kek Chocolate

Cara2 membuat Kek Chocolate
Bahan2 membuat Kek Chocolate
Kek Chocolate by Alia & Fatin
Alia & Fatin




Ahad lalu, 22 April 2012... anak sulung ku Alia dan sahabatnya Fatin membuat experimen pertama dalam menghasilkan kek Chocolate. 

Wahhhh...mummy sgt tak sangka, kakak dah pandai buat kek. Dah besar rupanya anak aku. Adusshhhhh...dlm keseronokan aku seorang ibu melihat hasil air tangan anak aku berjaya, terselit juga sedikit kesedihan. Yelah sekarang dah pandai masak, even yg simple2, dah pass wat kek. Nanti dah pandai nak berlaki plak. Hmmmm....nanti kawin tinggal mummy sorang2.

Andai aku mampu, akan aku biarkan anak2 ku hanya menjadi anak2 kecil yg masih di bawah jagaan ku, tp kuasa Allah menentukan segala2 nya. Dia lebih tahu apa yg terbaik utk hambanya....

So, syabas kakak & kwn kakak Fatin kerana berjaya menghasilkan Kek Chocolate yg sgt sedap...

Thursday, 15 March 2012

Satu Amah Satu Kerja...Melampau !!!!

Seperti biasa pg2 pergi amek paper. Terbaca pula muka depan keratan akhbar Utusan Malaysia hari ini (16 Mac 2012), tajuk utamanya "Kumpulan Pertama dihantar bulan depan, Gaji minimum RM700, Satu Amah Satu Kerja..........."
Perrrrghhhh, sakitnya hati membaca nya.... Aku teruskan membaca berita penuhnya.

Isi-Isi Penting
1) Pembantu rumah Indonesia hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan.
2) Seandainya seorg amah di upah menjaga bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja2 lain.
3) Majikan tidak boleh mengharapkan kepada satu amah sahaja melakukan kerja rumah.
4) Indonesia hanya akan menghantar amah yang terlatih sahaja ........(boleh percaya ker???)

KOMEN Aku, yg rasanya sgt berpengalaman dengan Amah Indonesia...

1) Adakah berbaloi bayaran RM700 kepada amah Indon ni yang hanya akan melakukan 1 tugas khusus sahaja di rumah kita. Contohnya, walaupun anak aku 5 org, tp 3 org anak aku dah boleh jage diri sendiri.
2) Kalau amek Amah Indon ni semata2 nak mengemas rumah Flat @ Appartment, bayaran gaji RM700, tp makan minum semua kita tanggung, itu belum lagi kira duit minyak nak hantar dia balik cuti.
3) Oh, kalau kemas rumah kena pakai 1 amah, jaga anak 1 amah, memasak 1 amah. Itu dah jadi RM2100 sebulan. Bagaimana dengan majikan yang berpendapatan isi rumah RM3000 kebawah. Kerana faktor kerja, terpaksa juga nak pakai pembantu rumah untuk jage anak dan kemas rumah, jd majikan nak makan APA? Ini namenya "kera di hutan di susukan, anak di rumah kelaparan".
4) Walaupun Malaysia & Indonesia di katekan "Satu Rumpun, Satu Bahasa" tp bg aku belum tentu kita boleh pakai kata & janji mereka.

Bukan nak PROVOK tp inilah HAKIKATNYA...Amah Indonesia.
1) Mula-mula kerja sgt baik, tp bila dah lame sikit, dah ade kawan, dia pulak nak mengarah kita, PIJAK Kepala kita.
2) Yg kita dengar kes2 dera Amah Indonesia sebenarnya tidaklah sebanyak mane, berbanding dengan Amah Indonesia yang wat perangai ngan Majikan.
     - Pukul anak majikan (anak aku sendiri pernah di pukul dengan batang penyapu oleh bekas org  
        gaji aku).
     - Yg menggatal dgn suami majikan. (mmg org lelaki gatal, tp banyak dah aku dgr cerita teman2 yg 
        suami mereka di goda org gaji).
     - Yg bawak jantan masuk rumah. (pengalaman aku sendiri, balik bersahur kul 4 pg, kantoi org gaji 
        aku dgn bf dia dlm bilik.)
     - Indonesia meletakkan syarat2 yg tidak munasabah bg aku, dan Malaysia, JANGAN JADI LEMBU 
       DI CUCUK HIDUNG.

Bagi aku, apa yg cuba di lakukan pihak kerajaan Indonesia sebenarnya untuk menaik taraf kehidupan rakyat mereka yg terlalu ramai jumlahnya, lebih kurang 241.452.952 juta orang. Kehidupan mereka di sana terumana di kawasan pendalaman adalah amat susah. 

Tapi bagi aku, tidak wajar tindakan Kerajaan Indonesia meletakkan syarat yg sebegitu, kerana bg aku JGN MENGAMBIL KESEMPATAN di atas KEBAIKAN & KEPERIHATINAN org Malaysia. 

Untuk pengetahuan anda, PEMBANTU RUMAH INDONESIA yg di hantar KE-MALAYSIA adalah PEMBANTU RUMAH CLASS KE-3..... yang class Per1, dan Ke2 kebanyakannya di hantar ke Middle East County, (wah speaking).

Apapun bukan lah niat aku untuk memburukkan keadaan, ada juga Amah Indonesia yang sangat-sangat baik & setia. Tapi hakikatnya amat sukar untuk kita temui sekarang ini. Sebagai rakyat Malaysia, yang mana adalah berasal dari keturunan Indonesia hanya melontarkan pandangan & luahan rasa. 

Sekian,


 

Coretan Buat Permata Ku....Alia




RAS NUR ALIA 


Ras Nur Alia, berumur 12 tahun. Di lahirkan pada 27 July 2000, di Hospital Besar Kuala Lumpur, merupakan anak sulung ku dari lima orang permata hati ku. 

Alia, nama timangannya. Seorang yang sangat lembut hatinya. Cukup penyabar. Dia juga seorang yang sangat penyayang. 

Kebanyakan orang akan bangga dengan anak mereka bila anak mereka mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran, tapi berbeza dengan aku. Aku sangat-sangat berbangga kerana di kurniakan anak sepertinya kerana di usia yang sangat-sangat muda dia telah menunjukkan keupayaannya dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak sulung. 

Andai suatu hari nanti ajal telah datang memanggil ku, aku yakin Alia mampu menjaga ke-empat2 adiknya. Dia mampu menggalas tanggungjawab tidak ubah umpama seorang ibu. 

Alia, pandai mengemas rumah, memasak, walaupun masakan yang mudah-mudah, tapi tidak pernah lagi di biarkan adik2 nya kelaparan sewaktu aku tiada di rumah. Dalam usia 12 tahun, dia juga mampu menguruskan 2 orang adik yang masih kecil. Anje (2 thn), Acap (1 thn) dari lahir telah di salin lampin oleh anak ku Alia. Yang paling tidak ku sangka Alia mampu mencari duit koceknya sendiri dengan berniaga. 

Ya Allah, aku bersyukur kepada mu dan ini lah kebahagiaan ku, apabila masih bernyawa aku dapat melihat anak ku mampu hidup berdikari.

BUAT ANAK KU RAS NUR ALIA MUMMY BERSYUKUR KERANA DI KURNIAKAN PERMATA SEPERTI MU.

dengan kasih, ku coretkan coretan ini buat mu,

RAS NUR ALIA