Thursday, 3 May 2012

MEMBEBEL

Semalam : 02 May 2012

Ptg ade meeting ngan boss. So lajak ke malam. Hujan lebat. Anak2 yg dah besar yg dah pandai jage diri sendiri dok kat umah. Yang kenit2 dok umah bb sitter.

Kul 10:00 mlm, bb sitter call. Dia g rumah jengokkan anak2, tp sorg pun tak menyahut. Aku mula risau. Balik jer umah, bukak pintu tengok semua terbongkang. Penat katenya...aku pun mula lah membebel ...

Potpek, pot pek, pot pek, pot pek, pot pek...tetiba aku terperasan yg seumpama ade org sedang memerhatikan aku. Rupanya sepanjang aku membebel pd anak2 yg catogory dah besar tuh, si kenit aku, mengajuk setiap perbuatan & tingkah laku aku...cuma dia berbicara dlm bahasa dia lah.

Nak tergelak pun ade, tp kene cover line sket bab td mood tgh marah & membebel....


So, pengajarannya, cubalah elakkan dr membebel depan anak2 kecil yg sedang nak belajar semua perkara pun,  kerana mereka juga akan belajar membebel sebagaimana kita membebel....

No comments:

Post a Comment