Dah lama tak update blog ni. Apapun cerita aku kali ni adalah Percutian Sehari Ke Colmar Tropicale. Colmar Tropicale yang terletak di Bukit Tinggi, Pahang dimiliki oleh Berjaya Hills.
Kota binaan semula ini di bina berdasarkan reka bentuk Kota Perancis. Jadi bagi kami yang kurang berkemampuan masih dapat merasai suasana Kota Perancis di sini.
Suasana di sini nyaman dan cukup tenang. Tak lah sarat atau padat dengan pengunjung macam di Genting. Jadi bagi mereka yang ada anak ramai macam aku ni, rasa selesa sangat jalan-jalan kat sini.
Perjalanan pun tak lama, dari Kuala Lumpur kami bertolak jam 10:00 pagi dan sampai lebih kurang 11:30 pagi.
Tapi bagi mereka yang anak ramai macam aku, di sarankan makan lah dulu kenyang-kenyang sebelum ke sini, sebabnya makanan di sini semuanya berasaskan makanan Perancis, dan kedai sebanekanya pun agak mahal, bayangkan air tin RM6, cuba bayangkan lau kali 5 orang anak dah RM30, semata-mata satu tin air. Tak berbaloi rasanya.
Di Colmar Tropicale ini juga terdapat tempat penginapan, harganya korang kena lah 'check' sendiri ya...sebab aku tak menginap, pergi balik hari je, kikikiki...
Selain dari keunikan seni bena Kota Perancis, pengunjung di sini juga di sajikan dengan tarian Perancis oleh awek-awek Perancis yang jelitawan dan seksi sangat-sangat.
.
Tercengang si kecik bujang aku tengok gadis-gadis seksi yang sedang menari....adushhh..."Asyraf you are a real man"
 |
| Bergaya sungguh "My Liltle Princess" |
 |
| "Clock Tower" ala2 di Perancis gitu |
 |
| Inilah permata-permata hatiku |
 |
| Kat Colmar Tropicale juga di sediakan tempat mainan kanak-kanak, oleh kerana tak ada kanak-kanak yang nak main di sini jadi anak sulungku Alia, ambil kesempatan lah main di sini.... |
 |
| Itu dia Hero Malaya ku, dengan gagahnya menunggang kuda. |
 |
| Kat sini ada beberapa booth untuk main game...jadi kami ambil kesempatan untuk main game kat sini, game Itik ni kalau kita tangkap bawah itik tu tertulis no 1, maka dapatlah "big prize", tapi kitorang semua dapat Itik yang no '0' hmmmm hampeh. |
 |
Tu dia ratu "possing" aku, si Nur Ain. Konon-konon macam kat "Cinderella Castle" lah tuh. Berangan jer .....
'JAPANESE VILLANGE'
Di Bukit Tinggi ni, selain di bina Kota Perancis, terdapat juga seni bina 'Japanese Village' atau pun perkampungan Jepun. Tapi aku anak beranak tak dapat nak ke sini sebabnya tempatnya mak aiiiii...tinggi bebenar nak di daki. Baru je kami mendaki di kaki bukit dah semput, jadi kami batalkan hasrat untuk teruskan perjalanan hingga ke puncak dimana teletaknya 'Japanese Village'...lain kali lah yer, bila anak-anak dah besar sikit, panjang umur sampai lah kami nanti.... gambar ini aku amek dari blog lain....hahahaha...
'ANIMAL PARK'
Cerita ni tak berakhir di sini yer .... hihihihi, dah hampir setengah hari kami di Colmar Tropicale kami beralih arah ke 'Animal Park', Bukit Tinggi. Sedikit gambar-gambar kenangan aku dan keluarga di 'Animal Park'
Nak masuk ke 'Animal Park' ni pun ada bayarannya. Tapi tak adalah mahal sangat, RM3 untuk Dewasa dan Kanak-kanak..
Ini lah sebahagiaan permandangan di 'Animal Park', Bukit Tinggi....kawasannya bersih & nyaman sekali. Sangat selesa.
Wajah-wajah kesayangan hamba...sedang bermain-main dengan arnab-arnab dan 'donkey' yang ada di 'Animal Park' ini. Kat sini ada di jual makanan haiwan, satu paket RM2, jadi boleh lah anak-anak aku bagi makanan pada haiwan-haiwan yang jinak dekat sini. Sangat seronok bila melihat kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anak.
Setelah seharian kami di Bukit Tinggi ini jadi masa untuk beredar dah masa untuk mencari makan...sangat-sangat lapar kami. Kami beredar dalam pukul 03:00 petang. Dalam perjalanan pulang kami singgah di Genting Sepah untuk mencari makan, ramai juga orang di Genting Sepah ni. Cari punya cari akhirnya gerai no. 26 menjadi pilihan kami. Gerai ni menyediakan makanan ala-ala Thai, sesuai sangatlah dengan keadaan kami yang sangat lapar, pekena plak Tom Yam Thai yang panas-panas, daging masak merah, khailan ikan masin dan telur dada....perghhhh sangat nikmat.
Berakhirlah percutian sehari kami di Bukit Tinggi, perbelanjaan yang tidak tinggi, tapi memeriahkan percutian kami sekeluarga.
"Salam Sayang Buat Semua"
aku tinggalkan korang dengan peta lokasi ke Colmar Tropicale...
"Selamat Bercuti"
|
No comments:
Post a Comment