Thursday, 15 March 2012

Satu Amah Satu Kerja...Melampau !!!!

Seperti biasa pg2 pergi amek paper. Terbaca pula muka depan keratan akhbar Utusan Malaysia hari ini (16 Mac 2012), tajuk utamanya "Kumpulan Pertama dihantar bulan depan, Gaji minimum RM700, Satu Amah Satu Kerja..........."
Perrrrghhhh, sakitnya hati membaca nya.... Aku teruskan membaca berita penuhnya.

Isi-Isi Penting
1) Pembantu rumah Indonesia hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan.
2) Seandainya seorg amah di upah menjaga bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja2 lain.
3) Majikan tidak boleh mengharapkan kepada satu amah sahaja melakukan kerja rumah.
4) Indonesia hanya akan menghantar amah yang terlatih sahaja ........(boleh percaya ker???)

KOMEN Aku, yg rasanya sgt berpengalaman dengan Amah Indonesia...

1) Adakah berbaloi bayaran RM700 kepada amah Indon ni yang hanya akan melakukan 1 tugas khusus sahaja di rumah kita. Contohnya, walaupun anak aku 5 org, tp 3 org anak aku dah boleh jage diri sendiri.
2) Kalau amek Amah Indon ni semata2 nak mengemas rumah Flat @ Appartment, bayaran gaji RM700, tp makan minum semua kita tanggung, itu belum lagi kira duit minyak nak hantar dia balik cuti.
3) Oh, kalau kemas rumah kena pakai 1 amah, jaga anak 1 amah, memasak 1 amah. Itu dah jadi RM2100 sebulan. Bagaimana dengan majikan yang berpendapatan isi rumah RM3000 kebawah. Kerana faktor kerja, terpaksa juga nak pakai pembantu rumah untuk jage anak dan kemas rumah, jd majikan nak makan APA? Ini namenya "kera di hutan di susukan, anak di rumah kelaparan".
4) Walaupun Malaysia & Indonesia di katekan "Satu Rumpun, Satu Bahasa" tp bg aku belum tentu kita boleh pakai kata & janji mereka.

Bukan nak PROVOK tp inilah HAKIKATNYA...Amah Indonesia.
1) Mula-mula kerja sgt baik, tp bila dah lame sikit, dah ade kawan, dia pulak nak mengarah kita, PIJAK Kepala kita.
2) Yg kita dengar kes2 dera Amah Indonesia sebenarnya tidaklah sebanyak mane, berbanding dengan Amah Indonesia yang wat perangai ngan Majikan.
     - Pukul anak majikan (anak aku sendiri pernah di pukul dengan batang penyapu oleh bekas org  
        gaji aku).
     - Yg menggatal dgn suami majikan. (mmg org lelaki gatal, tp banyak dah aku dgr cerita teman2 yg 
        suami mereka di goda org gaji).
     - Yg bawak jantan masuk rumah. (pengalaman aku sendiri, balik bersahur kul 4 pg, kantoi org gaji 
        aku dgn bf dia dlm bilik.)
     - Indonesia meletakkan syarat2 yg tidak munasabah bg aku, dan Malaysia, JANGAN JADI LEMBU 
       DI CUCUK HIDUNG.

Bagi aku, apa yg cuba di lakukan pihak kerajaan Indonesia sebenarnya untuk menaik taraf kehidupan rakyat mereka yg terlalu ramai jumlahnya, lebih kurang 241.452.952 juta orang. Kehidupan mereka di sana terumana di kawasan pendalaman adalah amat susah. 

Tapi bagi aku, tidak wajar tindakan Kerajaan Indonesia meletakkan syarat yg sebegitu, kerana bg aku JGN MENGAMBIL KESEMPATAN di atas KEBAIKAN & KEPERIHATINAN org Malaysia. 

Untuk pengetahuan anda, PEMBANTU RUMAH INDONESIA yg di hantar KE-MALAYSIA adalah PEMBANTU RUMAH CLASS KE-3..... yang class Per1, dan Ke2 kebanyakannya di hantar ke Middle East County, (wah speaking).

Apapun bukan lah niat aku untuk memburukkan keadaan, ada juga Amah Indonesia yang sangat-sangat baik & setia. Tapi hakikatnya amat sukar untuk kita temui sekarang ini. Sebagai rakyat Malaysia, yang mana adalah berasal dari keturunan Indonesia hanya melontarkan pandangan & luahan rasa. 

Sekian,


 

Coretan Buat Permata Ku....Alia




RAS NUR ALIA 


Ras Nur Alia, berumur 12 tahun. Di lahirkan pada 27 July 2000, di Hospital Besar Kuala Lumpur, merupakan anak sulung ku dari lima orang permata hati ku. 

Alia, nama timangannya. Seorang yang sangat lembut hatinya. Cukup penyabar. Dia juga seorang yang sangat penyayang. 

Kebanyakan orang akan bangga dengan anak mereka bila anak mereka mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran, tapi berbeza dengan aku. Aku sangat-sangat berbangga kerana di kurniakan anak sepertinya kerana di usia yang sangat-sangat muda dia telah menunjukkan keupayaannya dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak sulung. 

Andai suatu hari nanti ajal telah datang memanggil ku, aku yakin Alia mampu menjaga ke-empat2 adiknya. Dia mampu menggalas tanggungjawab tidak ubah umpama seorang ibu. 

Alia, pandai mengemas rumah, memasak, walaupun masakan yang mudah-mudah, tapi tidak pernah lagi di biarkan adik2 nya kelaparan sewaktu aku tiada di rumah. Dalam usia 12 tahun, dia juga mampu menguruskan 2 orang adik yang masih kecil. Anje (2 thn), Acap (1 thn) dari lahir telah di salin lampin oleh anak ku Alia. Yang paling tidak ku sangka Alia mampu mencari duit koceknya sendiri dengan berniaga. 

Ya Allah, aku bersyukur kepada mu dan ini lah kebahagiaan ku, apabila masih bernyawa aku dapat melihat anak ku mampu hidup berdikari.

BUAT ANAK KU RAS NUR ALIA MUMMY BERSYUKUR KERANA DI KURNIAKAN PERMATA SEPERTI MU.

dengan kasih, ku coretkan coretan ini buat mu,

RAS NUR ALIA