RAS NUR ALIA
Ras Nur Alia, berumur 12 tahun. Di lahirkan pada 27 July 2000, di Hospital Besar Kuala Lumpur, merupakan anak sulung ku dari lima orang permata hati ku.
Alia, nama timangannya. Seorang yang sangat lembut hatinya. Cukup penyabar. Dia juga seorang yang sangat penyayang.
Kebanyakan orang akan bangga dengan anak mereka bila anak mereka mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran, tapi berbeza dengan aku. Aku sangat-sangat berbangga kerana di kurniakan anak sepertinya kerana di usia yang sangat-sangat muda dia telah menunjukkan keupayaannya dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak sulung.
Andai suatu hari nanti ajal telah datang memanggil ku, aku yakin Alia mampu menjaga ke-empat2 adiknya. Dia mampu menggalas tanggungjawab tidak ubah umpama seorang ibu.
Alia, pandai mengemas rumah, memasak, walaupun masakan yang mudah-mudah, tapi tidak pernah lagi di biarkan adik2 nya kelaparan sewaktu aku tiada di rumah. Dalam usia 12 tahun, dia juga mampu menguruskan 2 orang adik yang masih kecil. Anje (2 thn), Acap (1 thn) dari lahir telah di salin lampin oleh anak ku Alia. Yang paling tidak ku sangka Alia mampu mencari duit koceknya sendiri dengan berniaga.
Ya Allah, aku bersyukur kepada mu dan ini lah kebahagiaan ku, apabila masih bernyawa aku dapat melihat anak ku mampu hidup berdikari.
BUAT ANAK KU RAS NUR ALIA MUMMY BERSYUKUR KERANA DI KURNIAKAN PERMATA SEPERTI MU.
dengan kasih, ku coretkan coretan ini buat mu,
RAS NUR ALIA

No comments:
Post a Comment