Tuesday, 1 October 2013

Family Day Super Senior '94 (first batch-SMKTM) - Port Dickson



Salam, dah lama sangat tak update blog nih...hihihihi. Busy sgt dengan aktiviti semasa. Apapun last week sempat juga luangkan masa pergi holiday dengan ex-schoolmate Sek. Men. Keb. Taman Melati. Kitorang ni kira pioneer utk SMKTM lah, sebabnya sekolah ni baru di buka pada tahun 1994 dan kitorang lah pelajar-pelajar first batch sekolah Melati nih...

Macam-macam kenangan teridah kami bersama dari sekolah. Alhamdullillah ikatan persahabatan kami tidak terputus begitu saja, dgn teknologi yg ada dapat lah kami berhubung balik dan rasanya sekarang ni lebih akrab dari dulu walaupun masing-masing dah ada family. Mana taknya tiap-tiap bulan ada jer aktiviti kitorg. Untuk pengetahuan u oullllssss dalam alam maya ni kami ada dua nama....

FB group kitorang "Super Senior '94 (first batch-SMKTM).
WeChat group kitorang "Group Skodeng".

Okeh lah kita proceed dengan cerita kitorang holiday ke PD yerrrr...

Perancangan "Family Day" ke PD ni dah kami adakan dari bulan lepas lagi. Alhamdullillah menjadi juga perancangan kami.
Kami berkumpul di Tol Sg. Besi pada jam 12:30 tgh, walaupun jadual asalnya patut berkumpul pukul 11:00 pagi...hahahaha biasalah janji Melayu. Bila semua dah ada kami pun memulakan perjalanan ke PD dengan berkonvoi dan di ketuai oleh Mr. Presiden kami En. Bajam pada jam 12:45 tgh. Semuanya ada 8 biji kereta yang berkonvoi. Seronok sesangat, teruja pun ada...hihihihi. 

Kitorang berhenti lunch kat R&R Seremban dan bergerak ke PD pd jam 01:55 tgh...yg bestnya kami berkomunikasi menggunakan WeChat, so our Lead Marshall akan sentiasa update kami contohnya macam nih,

"Increase kelajuan dari 80 km kepada 100 km"
"Dalam masa 11 minit kita akan sampai ke R&R Seremban"
"Alright perjalanan seterusnya ke PD, lebih kurang 35km, dalam masa 38 minit" 
"Exit Port Dickson arround 2.2 km"

 
Huh, memulakan perjalanan jer dah intresting, berbunga bunga riang perasaan aku mengalahkan anak-anak aku lah. hihihihihi....

Alhamdullillah kami tiba di Corus Paradise Appartment, Port Dickson lebih kurang jam 02:30 ptg.
Kwn kitorang Pak Tam yang di tugaskan menguruskan booking apartment telah menjalankan tugasnya dengan baik sekali. Overall kami dah book 7 unit apartment. Untuk pengetahuan korang 1 apartment ada 2 bilik dengan harga RM260 satu appartment. Best kan...

 
Walaupun kepenatan sebab baru sampai, tapi kami Secretariat terus mengadakan persiapan untuk acara BBQ pd malamnya. Yang aku puji group Skodeng aku nih, semuanya bekerjasama. Wife-wife & hubby dorang sume pun bagi kerjasama dan sangat sporting. Sementara menanti malam melabuhkan tirainya, dorang pun buatlah aktiviti masing-masing. Majoriti melayan anak-anak mandi kat swimming pool. Tak kurang juga ada yang melelapkan mata...maklumlah drive dengan cuaca yang panas, off course penat kannnn.

ACARA BBQ kami bermula jam 08:30 mlm. Tapi persediaan macam sediakan tempat pembakar, potong buah dah lain2 di mulakan jam 07:00 mlm lagi dan di ketuai oleh Bendahari kami Mr. Neezat aka Dot.

Untuk hidangan BBQ kitorang decide nak bakar Ayam, Kambing, Hotdog & Daging Burger.
Ni lah antara suasana pada malam BBQ

Ni kawan aku nama dia Ejan....dia ni mmglah kelakar gile, penghibur kitorang sume.

Cewah, cewah, cewah...kemain lagi berpossing abg2 ni yer...konon, konon rajin lah tuh.

Haishhh haus yer abang Supian kita...

Pada malam ni kitorang pun adakan lah game, yang di kelolakan oleh Mr. Neezat, memang kelakar. Mcm2 aksi ada. Bayangkanlah orang tua main game, ada game pecah belon lah, yang best nyer sape yang kalah kena denda...tu yang pecah perot gelak...kebetulan pulak bateri tab aku kong so tak dapat lah nak amek picture mase game. Selain game kitorang pun adakan acara "Lucky Draw"

Tu dia hero Malaya kitorang...Mr Ejan dengan hadiah nombor cabutan bertuahnya.

Ni lah hadiah untuk no cabutan bertuah yang mampu Secretariat adakan....

Selain daripada tuh, kitorang dah menetapkan syarat pada semua keluarga yang terlibat mesti bawak satu hadiah dari setiap keluarga. Kami namakan acara ni sebagai "Family Exchange Gift"

 Malam ni juga kitorang buat "Surprise Advance Birthday Party" untuk admin WeChat kitorang Pn. Aida dan wife pd Mr. Neezat, Pn. Michele (nama timangan). Hmmmm time ni lah kemuncak kemeriahannya..apa taknya aku dok menyorok dalam bilik dengan bday kek, pastu geng2 lain dok berkumpul kat ruang tamu panggil si Aida nih, marah dia kaw2 punya, saje cari pasal...member dah blur, yer lah tetiba jerk kena marah kan...hahaahahah, pastu bila keadaan dah genting jer aku pun keluarlah & dorang pun nyanyilah lagu 

"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to you Aida & Michelle, Happy birthday to youuuuu...."

Haaaa dah selamat potong kek, sume dah senyum, senyum kan, yer lah terkejut dapat surprise birthday kek, tibalah masanya acara "Pecah Telorrrr" hahaahahahahaa .... mandi telor korang mlm nih....tak cukup telor, tepung pun jadik...adoiiiiii...
MERIAH, MERIAH, MERIAH ..... masa ni juga lah kitorang tengok macam-macam aksi, adanya lumba lari sampai hujung pantai semata mata tak nak kena telor, tapi akhirnya menyerah diri....
Apa pun aku puji sangat sikap wife-wife & hubby kawan2 aku, dorang sume sporting.
Keesokannya kitorang adakan aktiviti bebas. Tapi semuanya tetap berkumpul dalam appartment aku. Sambung lagi borak-borak. So pagi-pagi lagi kawan aku si Pak Tam & Isterinya dah bangun pergi cari sarapan pagi. Yang best nya, kitorang breakfast atas pangkin, tepi laut, dengan angin sepoi-sepoi bahasa...aduhhh nyaman tuh.

Kemain lagi Pak Tam berpossing dengan Bibik aku.
Haaa tgk tuh Ahli Masjed, sebelum makan baca doa dulu.
Hari kedua ni, kitorang banyak habiskan masa kat kolam renang. Maklumlah dah nama pun "Family Day" so dah tentu yang paling happening adalah anak-anak kitorang. Yang mak bapak nih, tompang sekaki lah swimming. ***sebenarnya mak bapak yang lebih nak swimm kannn...termasuklah aku...ahahahaahaha***


Ni lah gambar kenangan berpossing kat tepi swimming pool ngan geng2 aku & keluarga masing-masing...nampak tak yang lebih possingnya mak bapak nya kannnnn....habis bila lagi kannn

 Kitorang check-out pukul 01:00 tgh, tapi sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kitorang isi perut dulu dengan ASAM PEDAS di Teluk Kemang.


Makan Asam Pedas, layan dengan Air Kelapa...perghhhhh tarik tertarik kau memang deboommm lah jawabnya...terus terang aku katakan Asam Pedas kat sini biasa jer lahhh...tak boleh challenge Asam Pedas kat Melaka. Oleh kerana kami semua dah lapar, bedal jer lahhhh. 

Sebelum kami meninggalkan Port Dickson yang penuh dengan kenangan manis bagi percutian kami, kami sempat bergambar kenangan di tepi pantai Teluk Kemang.




 Akhir kata, sebelum aku log out dari blog ni, ada berberapa perkara yang nak aku luahkan,

Aku nak ucapkan terima kasih pada semua sahabat-sahabat aku & keluarga dorang yang sangat sporting kerana menjayakan program percutian kali ni. 

- Bajam & family
- Pak Tam & family
- Neezat & family
- Ejan
- Sufian
- Melia 
- Zaki

Aku sayang sangat korang semua dan aku harap persahabatan yang kita mulakan dari bangku sekolah akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat kita. 

Akhir kata,....hish Akhir kata lagi, tapi tak tamat, tamat lagi cerita aku kannn...hahaahahaha...aku cuma nak bagi tahu...

AKU SERONOK SANGAT BERCUTI dengan KORANG, bak kata omputih, 
I REALLY REALLY HAD FUN with U oullllll...

Muah, muah, muah...

dari Sahabat korg, 











Wednesday, 15 May 2013

Selamat Hari Guru


Datuk aku seorang Guru Besar,
Nenek aku seorang Guru,
Ramai ahli keluarga aku yang menjadi Guru.
-TAHNIAH buat mereka yang bergelar Cikgu-



Friday, 10 May 2013

Mahasiswa Buat Protes BODOH di SPR

Sangat terpanggil untuk menulis apabila mengetahui inilah jadinya pada anak Malaysia yang MAJORITI nya MELAYU. Berkumpul ramai-ramai di hadapan SPR, di Parcel C, Putrajaya untuk menunjukkan PROTES kepada PRU-13. Aku nak tanya koranglah pelajar-pelajar yang bijaksana memprotes ni....

1) Apa yang korang cuba perjuangkan?
2) Apa yang korang dapat dalam merealisasikan impian Anuwar & konco2 nya yang sememangnya hanya memperalatkan golongan Bijak tp Bodoh mcm korg nih?
3) Pernah tak korang terfikir mak bapak korg yg mengharapkan sehelai kertas tanda kejayaan korg?
4) Apa yg tak cukup lg sehinggakan korg tak pernah rasa puas? Tak aman ke negara ni utk korg belajar? 



Oh! ini pastinya!!! 

korg tak nak bayar balik PTPTN sbb korg MALAS nak belajar & yakin korg tak mampu mencapai pointer yang baik!!!

Ingat wahai ANAK MELAYU, anak-anak KOMUNIS & anak-anak REJIM ZIONIS sekarang ini berlumba-lumba untuk mencapai kecemerlangan akademik kerana mereka tahu mereka tidak mampu untuk mendapatkan KEISTIMEWAAN sebagaimana anak MELAYU. Tapi mereka menyimpan azam untuk memegang EKONOMI negara. Di waktu itu kita MELAYU hanya bertuan pada nama akibat KEBODOHAN korang sekarang ini.







Friday, 22 March 2013

Rintihan Saorang Seniman Tua....


Puisi ini nukilan Ayahanda Ku, sungguhpun dia tidak lagi berjuang di medan perang, meredah hutan belukar namun perjungannya terus mekar dengan nukilan-nukilan puisi patriotiknya. Senjatanya bukan lagi senapang mahupun bom tangan tetapi senjatanya kini adalah semangat kecintaannya pada tanahair yang tidak pernah padam, maka di luahkan rasanya melalui nukilan-nukilan puisi. ADIK BANGGA JADI ANAK AYAH....bukan kerana ayah seorang pelakon tapi kerana ayah seorang pejuang walaupun hanya di balik tabir.


RINTIHAN SAORANG SENIMAN TUA

Dari serambi rumah pusakanya yang kian usang,
Dia melemparkan renungan tajam
nun jauh kelangit yang kian kemerahan warna,
Tanda tabir malam buat dia akan segera berlabuh,
Titis demi titis air mata menggenangi pipinya,
Sedang di dadanya terasa sebak kepiluan
mengenangkan hari muka
dan nasib anak bangsanya,
Soal dan tanya sering terunjam dibenaknya
"Apakah hari esok masih ada buat mereka?"
Tercernakah hari esok yang aman
dan bahagia buat cucu-cicit ku?,
Sedangkan hari semalam dan kini berlalu alpa,
Leka dan berkecamuk dengan
lakonan-lakonan sandiwara tanpa noktah,
Arahan sutradara-sutradara yang gila kuasa,
Ada yang sanggup melaung-lalak
Nyanyian sumbang,
Sedangkan mereka
Jauh tersasar dari kebenaran dan keadilan,
Ada pula yang mendakwa mereka
Sajalah yang layak bergelar Ulamak.Pewaris Nabi,
Punya ijazah
Mentafsir saranan Allah ikut sesedap selera sendiri,
" Persetan harimuka anak bangsa!!!
Peduli apa pada nasib cucu-cicit semua!!!"
Yang penting agenda sendiri dan untuk hari ini
'itu selogan mereka'
Tiba-tiba seniman tua tersentak dari lamunannya,
Kerana dari kejauhan kedengaran laungan
MERDEKA!.., MERDEKA!!...,MERDEKA!!!....,
Suara keramat itu kedengaran gempita
Tanda Tanggal 31 Ogos menjelang lagi!
Saban tahun dia merindui suara itu dan .... Saban tahun dia menanti tarikh keramat itu,
Meskipun sudah beberapa kali dihayatinya,
Dia tidak pemah berasa jemu
Namun jauh di lubuk hati seniman tua
Masih tertanya-tanya,
"Apakah anak, cucu dan cicitku
Benar-benar telah 'Merdeka'
Atau masih terbelenggu ?
Oleh semangat dan budaya Orang Asing
yang liar dan tidak manusiawi.''
Demikian rintihan seorang seniman tua.

Nukilan:
Haji Baharuddin bin Haji Omar
(Anjang Aki)
No.Ahli: ASH 154
30 Julai 2007