CORETAN HATI KU BUAT AYAH .....
Ayah tiada kata yang dapat aku lafazkan tanda terima kasih di atas segala pengorbanan ayah.
Ayah tiada gambaran yang dapat aku lukiskan untuk menunjukkan kasih ku pada ayah.
Ayah tiada gantinya untuk ayah di hatiku andai ada kehidupan untuk ku seribu tahun lagi.
Ayah tiada apa yang mampu aku ukirkan untuk mu hanya sebagai arca yang menyatakan,
Ayah biarlah segala yang hitam yang telah terjadi dalam kehidupan kita, kita jadikan sebagai sejarah dan biarlah ia berlalu tanpa perlu kita ingat lagi.
| Ni lah sebahagian adik beradik aku (dari kanan Zaim, isteri dia Kak Nor, Ibu, Ayah, Aku & Abg Zaid |
Semalam 17 June 2012, hari yang indah buat semua bapa di dunia apabila tarikh itu di nobatkan sebagai "Hari Bapa"...aku & adik beradik pun tak melepaskan peluang menyambut hari yang indah ini bersama ayahanda tercinta Dato' Hj. Baharuddin Hj. Omar.
Mula-mula ingat nak beli hadiah jer untuk ayah, tapi pikir balik, lau beli baju, ayah dah melimpah ruah baju. Nak beli souvenir rasanya dah tak ada tempat kat rumah ayah tu nak letak barang-barang. Jadi aku dengan abang aku Muhammad Zaid Baharuddin pun dapat satu 'solution' iaitu bawak ayah pergi makan & ajak sekali adik beradik lain. Haaaa.... idea tu sangat menarik sebenarnya.
Aku pun sms lah semua adik beradik..tapi ada yang tak dapat datang sebab ada perkara lain yang tak dapat di elakkan. Mane yang 'available' je lah yang hadir.
Janji dengan ibu, pukul 5 petang jumpa di KL Festival City, Danau Kota. Tapi yang best nya, pukul 2:30 ibu aku sms, ayah dah tak sabar-sabar nak jumpa kita orang semua. Tapi aku bagi tau ibu aku dah set dengan abang-abang yang jumpa pukul 5. So ibu kata, "ok lah" "ayah tido dulu"...
Nasib baik aku dan anak-anak sampai awal, sebab ayah & ibu sampai tepat-tepat pukul 5 petang. Wahhhh...seronok betul ayah. Aku pun bawak ayah kat tempat yang banyak restaurant, so ayah pilih restaurant "Steamboat" untuk kami makan bersama-sama....hmmmm seronok sangat tengok ayah makan.
Anyway ni sedikit gambar kenangat bersama keluarga ku menyambut "Hari Bapa" bersama ayahanda tercinta kami .... Muuaaahhhh to you ouls ...
Selera sangat atok makan sambil melayan cucu-cucu yang pelbagai kerenah nih...aku pun amek kesempatan lah balun kaw-kaw, ibu & ayah dah dok melayan anak2 aku makan...hahahah ahaks.
Jadi setakat ini sahajalah cerita aku dalam coretan kehidupan ku kali ini.....aku harap pada geng-geng yang masih ada bapa, ayah, papa, daddy, abah...hargailah mereka selagi mereka masih ada di dunia ini bersama kita. Bahagiakan lah mereka semampunya.

No comments:
Post a Comment