Tuesday, 29 November 2011

UNTUK SESIAPA YG BEKERJA DI PEJABAT

10 Tips Jika Anda Bosan Di Dalam Lif

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..
2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit “Diam, semuanya diam!”.
3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.
4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?
5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik… tik… tik…
6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.
7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. “Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!”.
8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah “Oksigen cukup tak kat situ?”
9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.
10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.
11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu “Ini adalah area SAYA”

Makna Politik Bagi Seorang Kanak-Kanak


Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu. Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”. Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”. Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan”.

Tuesday, 22 November 2011

Potensi Diri Ku Melalui Tarikh Lahir

                                              
NAMA                    : Syikin
TARIKH LAHIR     : 8 - 11 - 1981  
JANTINA               : Perempuan
KETINGGIAN       : 156 cm
BERAT BADAN     : 49 Kg

ANALISIS UMUM

NO. PERIBADI    : 2
ELEMEN              : Air
CIRI UTAMA       : Suara
SINOPSIS           : Disukai kerana suara dan kelembutan.
TAFSIRAN UMUM  : Jujur, bersih, lembut, tenang, dengar tapi tidak semestinya buat.
WARNA SESUAI    : Biru dan hitam.
STATUS BMI      : 20 => Normal (mempunyai berat badan yang ideal). Kekalkan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan yang sihat dan seimbang serta bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
PENYAKIT UMUM   : Buah pinggang, pundi kencing, kemandulan, pembuangan air kecil yang kerap.

PERINCIAN ANALISIS PERIBADI

Seorang yang popular (samada disedari/tidak disedari). Suka mengarah, melukakan perasaan orang lain tanpa disedari. Panas baran, melukakan perasaan orang lain tanpa disedari. Seseorang bercakap dengan cara sendiri untuk berjaya, boleh menarik kekayaan.

Sangat berdikari, namun ditikam belakang. Berjauhan (mental/fizikal) menyebabkan berpisah.  Bakat pada suara, boleh bercakap dengan laju, spontan dan berhujah. Cakap lepas dan pedas. Sesuai menjadi guru, pensyarah, penceramah, ahli politik, pemasaran, penyanyi. Sangat berdikari, tidak suka orang lain camputangan urusannya. Sukar percaya orang lain, sukar ada rakan niaga, mudah disabotaj. Rasa kesunyian dan sendirian. Sesuai menjadi agen/middleman. Suka simpan banyak maklumat, mudah mengalami tekanan/depresi/sakit mental. Cepat mencapai kejayaan tetapi cepat juga jatuh.Pergerakan wang sangat aktif, wang mudah diperolehi tetapi boros.

PERINCIAN ANALISIS KERJAYA

(KERJAYA SESUAI)
Perniagaan berasaskan perkhidmatan, minuman, tenaga buruh, agensi pembantu rumah, makanan laut, perkapalan, loji janakuasa air, pakaian renang, agensi pelancongan, agensi insuran, pengurup wang, jual beli, pertunjukan kebudayaan, pengarang bebas, jurujual, peniaga gerai, penapis air, internet, ahli silap mata, stesyen TV, stesyen radio, penyampai berita, DJ, wartawan, posmen, pemandu, nelayan, ahli matematik, ahli falsafah, diplomat.

(KERJAYA TERBAIK)
Makanan, restoran, surat khabar, majalah, telekomunikasi, penerbangan, kargo, minyak dan gas, loji penjana tenaga, kabel janakuasa, bahan api, kosmetik, penjenamaan, perhubungan awam, pengiklanan, tenaga buruh, makanan segera, kantin, fesyen, pencahayaan, kedai serbanika, perhiasan pakaian, senjata, minuman panas, pereka, penulis, karyawan filem, jururawat, pengumpul dana, penyambut tetamu, ahli psikologi.

Tuesday, 26 July 2011

Salah ke BERMADU?

Adakah salah untuk seorang perempuan itu untuk bermadu? Dalam Islam itu sendiri tidak pernah menghalang seorang lelaki untuk berkahwin lebih dari satu asalkan cukup syaratnya. Allah ada menyatakan "andai kamu tidak mampu berkahwin empat maka berkahwinlah tiga sahaja, andai kamu tidak mampu berkahwin tiga, maka berkahwinlah dua sahaja, andai kamu tidak mampu berkahwin dua, maka kahwinlah satu sahaja." Mampu dari zahir dan batin, mampu membimbing keluarga ke jalan Allah...

Tapi bagi kebanyakan perempuan yang berstatus isteri yang pertama, bermadu itu kesalahan besar. Andai suami mereka bernikah lagi, perempuan yang menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat itu di labelkan sebagai perampas suami orang.... adakah benar semua itu? TIDAK. Tidak semua wanita yang menjadi isteri ke dua, tiga dan ke empat merupakan wanita perampas ataupun pisau cukur. Ramai yang melabelkan isteri pertama itu sebagai seorang yang teraniaya. TIDAK sama sekali. Ada isteri pertama yang menganiaya madunya. Pelbagai cara di gunakan untuk mendapatkan hak mutlak. Kenapa? Yang peliknya mereka ini kebanyakannya manusia yang tidak pernah tinggal solat lima waktu, yang tidak pernah lupa akan segala yang di wajibkan, tetapi bila sampai tiba Allah menduga hambanya, mereka mudah melatah.

Tidak di nafikan ada yang boleh kita gelar PEREMPUAN PERAMPAS. Mereka ini hanya pentingkan diri sendiri hingga membuatkan si suami lupa akan tanggungjawab pada isteri pertama dan anak-anak. Zalim mereka ini. Menganiaya kaum sendiri. Dah namanya perempuan sifat cemburu itu pasti ada, tak salah tetapi jangan lah berlebihan hinggakan sanggup menganiaya orang lain, hinggakan sanggup menggunakan segala cara yang di larang Allah (sihir) untuk menundukkan suami. Ingatlah entah esok, lusa kita akan di panggil Allah. Waktu itu, tidak kita bawa mereka yang kita sayang bersama. Yang kita bawa adalah segala pahala dan dosa yang telah kita lakukan di dunia yang sementara ini. 

Bagi saya setiap manusia bukan lah hak peribadi seorang manusia lain, tetapi adalah hak mutlak Allah. Tubuh ini juga adalah hak Allah. Segala yang kita ada adalah hak milik kekal Allah. Jangan di lawan segala takdir mahupun ketetapan darinya. Andai kepedihan terasa, beristigfarlah, anggaplah setiap dugaan itu adalah mengangkat sedarjat lagi taraf kita di sisi Allah, insyaallah.

Namun bagi suami yang berkahwin lebih dari satu dan meninggalkan isteri pertama, itu adalah penganiayaan namanya. Bagi isteri kedua, tiga mahupun empat yang terniat untuk merampas hak madu-madunya .... itu adalah penaniayaan. Jangan lah menganiaya sesama manusia sedangkan Allah sendiri tidak pernah menganiaya hambanya.