Puisi ini nukilan Ayahanda Ku, sungguhpun dia tidak lagi berjuang di medan perang, meredah hutan belukar namun perjungannya terus mekar dengan nukilan-nukilan puisi patriotiknya. Senjatanya bukan lagi senapang mahupun bom tangan tetapi senjatanya kini adalah semangat kecintaannya pada tanahair yang tidak pernah padam, maka di luahkan rasanya melalui nukilan-nukilan puisi. ADIK BANGGA JADI ANAK AYAH....bukan kerana ayah seorang pelakon tapi kerana ayah seorang pejuang walaupun hanya di balik tabir.
RINTIHAN SAORANG SENIMAN
TUA
Dari serambi rumah
pusakanya yang kian usang,
Dia melemparkan renungan
tajam
nun jauh kelangit yang
kian kemerahan warna,
Tanda tabir malam buat
dia akan segera berlabuh,
Titis demi titis air mata
menggenangi pipinya,
Sedang di dadanya terasa
sebak kepiluan
mengenangkan hari muka
dan nasib anak bangsanya,
Soal dan tanya sering
terunjam dibenaknya
"Apakah hari esok
masih ada buat mereka?"
Tercernakah hari esok
yang aman
dan bahagia buat
cucu-cicit ku?,
Sedangkan hari semalam
dan kini berlalu alpa,
Leka dan berkecamuk
dengan
lakonan-lakonan sandiwara
tanpa noktah,
Arahan
sutradara-sutradara yang gila kuasa,
Ada yang sanggup
melaung-lalak
Nyanyian sumbang,
Sedangkan mereka
Jauh tersasar dari
kebenaran dan keadilan,
Ada pula yang mendakwa
mereka
Sajalah yang layak
bergelar Ulamak.Pewaris Nabi,
Punya ijazah
Mentafsir saranan Allah
ikut sesedap selera sendiri,
" Persetan harimuka
anak bangsa!!!
Peduli apa pada nasib
cucu-cicit semua!!!"
Yang penting agenda
sendiri dan untuk hari ini
'itu selogan mereka'
Tiba-tiba seniman tua
tersentak dari lamunannya,
Kerana dari kejauhan
kedengaran laungan
MERDEKA!..,
MERDEKA!!...,MERDEKA!!!....,
Suara keramat itu
kedengaran gempita
Tanda Tanggal 31 Ogos
menjelang lagi!
Saban tahun dia merindui
suara itu dan .... Saban tahun dia menanti tarikh keramat itu,
Meskipun sudah beberapa
kali dihayatinya,
Dia tidak pemah berasa
jemu
Namun jauh di lubuk hati
seniman tua
Masih tertanya-tanya,
"Apakah anak, cucu
dan cicitku
Benar-benar telah
'Merdeka'
Atau masih terbelenggu ?
Oleh semangat dan budaya
Orang Asing
yang liar dan tidak
manusiawi.''
Demikian rintihan seorang
seniman tua.
Nukilan:
Haji Baharuddin bin Haji
Omar
(Anjang Aki)
No.Ahli: ASH 154


No comments:
Post a Comment