Tuesday, 26 July 2011

Salah ke BERMADU?

Adakah salah untuk seorang perempuan itu untuk bermadu? Dalam Islam itu sendiri tidak pernah menghalang seorang lelaki untuk berkahwin lebih dari satu asalkan cukup syaratnya. Allah ada menyatakan "andai kamu tidak mampu berkahwin empat maka berkahwinlah tiga sahaja, andai kamu tidak mampu berkahwin tiga, maka berkahwinlah dua sahaja, andai kamu tidak mampu berkahwin dua, maka kahwinlah satu sahaja." Mampu dari zahir dan batin, mampu membimbing keluarga ke jalan Allah...

Tapi bagi kebanyakan perempuan yang berstatus isteri yang pertama, bermadu itu kesalahan besar. Andai suami mereka bernikah lagi, perempuan yang menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat itu di labelkan sebagai perampas suami orang.... adakah benar semua itu? TIDAK. Tidak semua wanita yang menjadi isteri ke dua, tiga dan ke empat merupakan wanita perampas ataupun pisau cukur. Ramai yang melabelkan isteri pertama itu sebagai seorang yang teraniaya. TIDAK sama sekali. Ada isteri pertama yang menganiaya madunya. Pelbagai cara di gunakan untuk mendapatkan hak mutlak. Kenapa? Yang peliknya mereka ini kebanyakannya manusia yang tidak pernah tinggal solat lima waktu, yang tidak pernah lupa akan segala yang di wajibkan, tetapi bila sampai tiba Allah menduga hambanya, mereka mudah melatah.

Tidak di nafikan ada yang boleh kita gelar PEREMPUAN PERAMPAS. Mereka ini hanya pentingkan diri sendiri hingga membuatkan si suami lupa akan tanggungjawab pada isteri pertama dan anak-anak. Zalim mereka ini. Menganiaya kaum sendiri. Dah namanya perempuan sifat cemburu itu pasti ada, tak salah tetapi jangan lah berlebihan hinggakan sanggup menganiaya orang lain, hinggakan sanggup menggunakan segala cara yang di larang Allah (sihir) untuk menundukkan suami. Ingatlah entah esok, lusa kita akan di panggil Allah. Waktu itu, tidak kita bawa mereka yang kita sayang bersama. Yang kita bawa adalah segala pahala dan dosa yang telah kita lakukan di dunia yang sementara ini. 

Bagi saya setiap manusia bukan lah hak peribadi seorang manusia lain, tetapi adalah hak mutlak Allah. Tubuh ini juga adalah hak Allah. Segala yang kita ada adalah hak milik kekal Allah. Jangan di lawan segala takdir mahupun ketetapan darinya. Andai kepedihan terasa, beristigfarlah, anggaplah setiap dugaan itu adalah mengangkat sedarjat lagi taraf kita di sisi Allah, insyaallah.

Namun bagi suami yang berkahwin lebih dari satu dan meninggalkan isteri pertama, itu adalah penganiayaan namanya. Bagi isteri kedua, tiga mahupun empat yang terniat untuk merampas hak madu-madunya .... itu adalah penaniayaan. Jangan lah menganiaya sesama manusia sedangkan Allah sendiri tidak pernah menganiaya hambanya.

No comments:

Post a Comment