Monday, 8 June 2015

Pulau Redang, Terengganu

Salam korang,

Memang lama sangat aku tak 'update' blog ni. Tapi entah tetiba terasa nak 'update' plakkan...oke, tak mo mengomel panjang, jommmm terjah cerita aku kali ni tentang Percutian KAMI ke Pulau Redang, Terengganu, yang penuh mencabar. hahahahahaha #belum apa2 dah gelak#

Percutian kali ni aku pergi dengan kwn2 aku yang aku collect dari sana sikit, sini sikit....muahahaha. Percutian kali ni menarik, sebabnya mereka baru pertama kali di pertemukan di trip kali ini. Tapi macam dah kenal bertahun...wowwww happening seyyyy.

Group ni kitorg gelar Ike, Ike, Ike
(hanya kitorg jerk yg tau maknanya)
#Aku#JuJu#Lan#Liza#AdekDaus#

Oke, oke, aku mulakan cerita yerrrr....

Lokasi Percutian : Pulau Redang, Terengganu.
Tarikh : 05 - 07 Jun 2015 
Group : Ike, Ike, Ike .... (Syajar, JuJu, Lan, Liza, AdekDaus)

Kami berkumpul di stesen bas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) jam 10:00 mlm, sbb bas kitorg di jangka bertolak jam 10:30 mlm. Kitorang naik SANI Express....(TERbaekkksss bas ni), siap ade plug nak charge phone lagi okehhh kat sit dia. 

Kitorang booking online jerk. Untuk pengetahuan korang tambang bas seperti dibawah,

KL-Kuala Terengganu = RM44/seorang
Kuala Terengganu-KL = RM44/seorang


Apabila mula berpusingnya roda bas, maka bermulalah 'journey' KAMI geng Ike, Ike, Ike ke Redang. Meh belanja 'map' Pulau Redang sikit #yang aku cilok dari Google#kikikiki...


Perjalanan dari TBS ke Kuala Terengganu memakan masa lebih kurang tujuh (7) jam hokey...sebab berhenti makan minum dan buang air...ngeee. Kami sampai di Terminal Bas Kuala Terengganu lebih kurang jam 05:30 pagi. Dari stesen bas kami berjalan ke Jeti Kuala Terengganu, alah dalam 10 minit dah sampai hokeyyyy. 

Note: Pastikan kalau korang sampai pepagi buta, cari makan dulu kat area stesen bas tuh, sebab dekat jeti tak ada kedai makan yang buka. Dekat stesen bas tu pun ada satuuu jerk kedai makan...itu pun makanan dia soooo sooo jerlah...tapi dah lapar, bedall jerk. 

Feri yang bertama jam 09:30 pagi. Hambekkk ko terlentang membuta dulu kat jeti. Berperang dengan nyamuk nyamuk lah gamaknya kat jeti. 

Alhamdullillah, dah jam 09:30 pagi, kami pun check in lah untuk menaiki feri...nah aku blanja sikit gambar kanak-kanak riang nak naik feri...kikikiki

KITORANG happy nak naik Feri, Pak Cik pun possing sekali
ngeh, ngeh, ngeh
KITORANG dalam Feri
(ada 2 group sebenarnya, tapi group aku 6 orang jerk)
Untuk pengetahuan korang, hanya Feri Samudera akan ke Pulau Redang. Perjalanan dari Jeti ke Pulau Redang memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. #So pada yang mabuk laut, siap2 lah asam hokeyyy#

Dengan izin Allah, syukur KAMI telah sampai ke Pulau Redang...weeeehooooo.

KEMERIAHAN dah sangat2 terasa.
(12 orang mcm 120 orang kepoh nya...bahahaha)
Sampai di Redang, group memasing bawa lah haluan group sendiri, Bak kata orang tua-tua...pepandai lah bawak diri....kikikiki.

Di Pulau Redang KAMI menginap di Redang Lagoon. 

Lot No 30455, Kampung Pusu Tiga, Jalan Gong Badak, 21300, Kuala Terengganu, Terengganu, 21200, Malaysia
+60 9-666 5020

Sebelum aku teruskan entry aku kali ni...aku nak 'HIGHLY RECOMMENDED' chalet ni untuk korang2 yang plan nak ke Pulau Redang...terutama pada yang nak bawak family. SANGAT SESUAIII yerrrr.

Chalet yang membuat aku terasa ada dekat kampung.
#Kalau korang nak tengok gambor2 bilik @ persekitaran Chalet ni...google sendiri ekkk#
jangan malas nak buat survey bila nak bercuti...kikikiki
http://www.redanglagoon.com/

Amacam santai kan, dok tepi laut, atas 'Hammock'
#fefeelling sangat#
Dekat sini ada package yang TERBAEKKKssss ... kitorang amek package seperti yang tertera.

Nak info lanjut sila ke http://www.redanglagoon.com/
Serius aku katakan...owner chalet ni tak kedekut makanannya...mewah kitorang makan. Masakan pun sedap...ala ala kat umah gitew... aku bagi 4 bintang dari 5 bintang. Lagi pun aku rasa kat Pulau Redang ni, inilah satu2 nya chalet orang Melayu. Apa salah kita support orang kita sendirikannn.

Baiklah, kita terus ke aktiviti kitorang kat sini. Kerja kitorang kat sini, selain makan dan tido, kitorang ber snorkeling...dah memang ada dalam package kan...kikikiki. Jangan cite ngan orang tau, ni first time aku snorkeling, wakakakaka, macam gugup gak lah, tapi control muka confident. 

Sebaik jer tiba di chalet kami lunch dulu, lepas tu dalam pukul 03:00 petang, kami berkumpul untuk di beri penerangan dan peralatan untuk snorkeling. 

Peralatan snorkeling macam ni lahhhh....

LIFE JACKET
GOGGLES untuk SNORKELING

Cewahhhh, kemain bergaya memasing yerkkk.
Menangis ikan2 dan hidupan laut, bila tau 12 orang ni nak turun jengok kengkawan dalam laut tuh
ngeeeeeeee
Seterusnya, kami dibawa menaiki bot ke satu destinasi pertama untuk snorkeling. Untuk pengetahuan korang, setiap resort di sini pun buat aktiviti yang sama, jadi setiap resort ada bot sendiri untuk membawa customer2 memasing mentelaah kehidupan di lautan...wahhh mcm gempak jerk ayat kan.



Tengok tuh, meriah kan, sebelum naik bot selpie, dah atas bot pun selpie lagi...camera tu lau leh bercakap mintak ampun oiiiii.

Aku rasa tak payah lah kot nak cerita terperinci pasal kitorang pergi snorkeling, biarlah gambar2 kami yang berbicara....muahahahaha puitis sgt. 

Day 1 : Snorkeling
(di lokasi yang aku pun tak tau apa namanya)

Day 2: Snorkeling @ Redang Marine Park

Day 2: AKU...Snorkeling
#Macam Professional sangat kannnn#
Balik dari lokasi-lokasi snorkeling, geng2 aku pun mulalah memulakan explorasi di lautan di hadapan chalet Lagoon Resort. Sebab kata geng2 fishboy sana, #cewahh dah ada geng plak#....dekat depan chalet tu, banyak ikan, best kalau nak snorkeling. So geng2 aku pun memulakan explorasi mereka, sambil aku dok dalam bilik tidoooo...wakakakakaka. Apepun terbukti explorasi geng2 Ike, Ike, Ike berjaya...

Saksikan Pra-dokomentari oleh Geng Ike, Ike, Ike....#Pakai IPhone pun jadikkk nokkksss#


Malam, lepas dinner, kami beraktiviti bebas, tapi Geng Ike, Ike, Ike...kami melepak tepi laut, sambil dengar lifeband dan main kad....muahahahah #Haip tapi bukan main judi hokeyyy...kitorang main taiti jerkkk# 

Group coti2 kali ni, dari celik mata, sampai pejam mata, gelakkkkk jerk kitorg...asyik membahan orang jerkkk. Antara yang teruk di bahan AKU lah kannn sbb AKU mmg kaki membahan orang...dorg tunggu jerk time nak bahan aku. 

Percutian kami tiba di malam akhir, haaa Package yang kitorg amik ni siap ade BBQ tau, bakar sendiri yerkkk Jahhhh, mewahhh seyyyy food dia. KAMI doakan owner chalet sentiasa di limpahkan rezeki berlipat ganda. Sotong dia weyyyy fresh gilerrr. So ni lah gambar kenangan KAMI dinner bersama di malam akhir. 


Keesokan harinya, KAMI pun bersiap2 lah untuk check-out. Lepas breakfast, rilek dulu kat hammock buat kali terakhirnya berada di Redang.

Angin sepoi2 bahasa, membawa pergi setiap kekusutan di dada ini
#cehcehcehhhh...kamain AKU kann#
Pulau Redang meninggalkan kenangan yang indah dan sangatttt happy dengan Geng Ike, Ike, Ike yang happening. Sayang korg. Tepat jam 10:00 pagi kami bergerak ke tempat untuk menaiki feri. Untuk pengetahuan korang, feri pertama dari Redang ke KT adalah jam 07:30 pagi, yang seterusnya adalah jam 10:30 pagi. 

Kitorang punya bas untuk balik ke Kuala Lumpur adalah pada jam 01:00 tengah hari, jadi naik feri pukul 10:30 pagi, budget sempat lah sampai ke jeti KT dan terus ke station bas. 


APA KORANG PIKIR CITER AKU DAH HABIS?????

Entry kali ni memang agak panjang, macam boleh buat buku...trill betul trip kali ni. NAK TAU sebab apa???? haaaa ni sebabnya...

FERI dari Pulau Redang LAMBATTTT ... orang ramai nak naik, berpusu pusu, AKHIRNYA kitorang kene transfer ke feri kedua, dan bertolak dari Redang ke KT jam 12:00 tengah hari. Korang rasaaa, sempat ker nak kejar bas yang nak gerak kol 01:00 pm tuh....Jawapan AKU, memang tak lah. Tapi Geng Ike, Ike, Ike...masih gelak.

Note : Kalau korang nak naik bas, makanya ambiklah jadual belah malam yer, tak terkejar kejar, dan tak adalah kene bayar ticket bas sampai dua kali mcm kitorg...muahahaahha #Padan muke Ike, Ike, Ike#Kali ni ticket bas kitorg kene RM45/seorang.

KAMI tiba di Jeti KT dalam pukol 01:45 tengah hari lah cam gitewww, jadi KAMI pun cepat-cepat nak 'check it out' untuk ticket bas, koooo tauuuu next bas kol bape? 

Abang bas "Adek, next trip ke KL jam 09:30 mlm, tapi dah penuh, ada bas tambahan pukul 10:30 mlm."

Adoiiiiii aiiiii, kitorang tak der pilihan, aku kene kerja esoknya ni, jadi amek lah jugak ticket bas. Kitorang naik OneExpress pulak balik ni (tapi tak best sit dia....dah terpaksa nak wat mcm ner kan)...ngeeee

Sementara nak tunggu malam, kami pun check-in lah dekat hotel berdekatan station bas, iaitu Hotel Citi Point KT, itupun nasib tinggal bilik untuk kitorg jer. Boleh lah, nak rehat2 kejap, nak solat...dan sempat jugak bersopping kopok yerk....yang best nyer geng aku ni, dalam keadaan yang stress, memasing ada jer buat perangai yang buat kitorang hilang stress...gelakkkkkk jerkkk.

Oke, oke, aku pendekkan cerita, dah naik bas balik KL jam 10:30 mlm, tetiba jam 01:30 pagi aku di kejutkan oleh Juju "bangun2, bas rosak" mase ni kat area Cherating ... huwahhhh, bas recue sampai jam 03:00 pagi...kitorg sampai KL jam 07:30 pagi....APA PERASAAN KORANG lau jadi KITORANG? Mesti stress kan, TAPI Geng Ike, Ike, Ike AKU...gelakkkk jer. Memasing menjadikan situasi stress itu sebagai satu bahan lawak. Hahahahaaha...korang mmg terbaikkk. 

Ringkasan Perjalanan Balik

Feri LEWAT - Tertinggal Bas - Dapat Bas (ingat dah senang hati) - Bas Rosak

#Ini kene mandi bunga dengan air 7 telaga woiiiiiii#


Apapun aku bersyukur kerana dengan izin Illahi, 

KAMI dapat bercuti bersama2, menghilangkan stress, kerana KAMI mempunyai cerita dan latar belakang yang berbeza2.
KAMI mampu mengharungi dugaan bersama2, walaupun hanya 3 hari KAMI bersama. 

TERIMA KASIH ALLAH.

Sekian entry aku kali ni...semoga apa yang aku kongsikan dapat memberi sedikit sebanyak info untuk korang yang ada plan nak bercuti ke Pulau Redang, Terengganu.

Aku tinggalkan korang dengan "Kos Percutian" AKU.....

1
Travelling Budget by Bus
            Kuala Lumpur – Kuala Terengganu
            Kuala Terengganu – Kuala Lumpur

RM44/pax
RM44/pax
2
Package 1
(inclusive accommodation, food & snorkelling fees)
RM350/pax
3
Marine park ticket + goggle & life jacket rental for 3 days
RM30/pax
4
Others expenses (jajan + sourvenir + ticket bas balik KL sbb kene tinggal bas)
RM300

TOTAL
RM768



Syajar 1981
"Bumi ini dan segala isi alam termasuk manusia adalah milik Allah"


2 comments:

  1. Slm..sy seorg runner pekej bercuti kt pulau redang..
    Sesiape yg berminat nk ke p,redang boleh call/wasap kt no ini..
    0179799773 atau lawat fb page sy utk gmbr2 resort@chalet kt sane..
    Blackyellowholiday

    ReplyDelete
  2. Slm..sy seorg runner pekej bercuti kt pulau redang..
    Sesiape yg berminat nk ke p,redang boleh call/wasap kt no ini..
    0179799773 atau lawat fb page sy utk gmbr2 resort@chalet kt sane..
    Blackyellowholiday

    ReplyDelete